Jenama automotif nasional Proton mengakhiri 2022 dengan pertumbuhan jualan empat tahun berturut-turut yang melonjakkan jualan keseluruhan kepada jumlah tertinggi sejak 2013.<br /><br />Syarikat itu menutup bukunya dengan 141,432 unit terjual, merangkumi domestik dan eksport, selepas mencatatkan 14,750 unit dalam bulan Disember, jualan bulanan yang keempat terbaik untuk tahun tersebut.